YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, July 18, 2012

assalamualaikum :)
beberapa hari lagi nak masuk ramadhan.
yeayyy Alhamdulilah semoga dipnjgkn umur.
sempena nak masuk bulan ramadhan nie,dh susun beberapa niat and list to do.
and try fullfill niat nie sempena Ramadhan.
tlg doakan please :)
and ibu and ayah InsyaAllah akn ke umrah pertengahan ramadhan and blk Malaysia
28 Ramadhan.semoga ibu and ayah selamat pergi and balik.
semoga ibu and ayah beribadah dgn tenang di sana.doakan efah ye ibu and ayah :)
can't wait untuk Ramadhan.beberapa hari je lagi :)
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan :)


p/s:Ya Allah jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku dengan seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-MU agar
bertambah kekuatan ku untuk mencintai-MU.
with love,
Nur Alifah

Monday, July 9, 2012



assalamualaikum.
okay kumpul kekuatan nak update kali nie.
okay dah 4 bulan lebih tak bercakap langsung.
but just want to wish
HAPPY 20 th BIRTHDAY
have a great one and May Allah bless you.
good luck with your future.
and happy with your loved ones.
sorry for everything.
sorry sbb putuskn segala contact.
I have my own reasons.
but now you happy right,I'm happy as long you happy.
sorry hanya wish disini.

sincerely,
Nur Alifah

Saturday, July 7, 2012

Sabarlah, Cinta

assalamualaikum

nak share 1 artikel :')

Dahulu aku terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah SWT.

Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala-galanya. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu 'pertemuan' yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang ku sayangi, kerana Allah mahu diriku dekat dengannya.

Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku cintai lebih daripada segala yang ada di langit dan di bumi.

Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang 'dia' sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti. Aku yakin dengan ayat Allah SWT ini,

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)

Walau bukan di dunia yang fana ini, insya-Allah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.

"Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"
(Surah al-Furqan, ayat 75)

Cinta yang ada di dalam hati adalah anugerah daripada Allah SWT. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hambaNya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibenciNya.

Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup.

Aku yakin dengan Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan. Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.

"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
(Surah al-Mu'minun, ayat 111)



p/s:copy paste dari iluvislam :)

Tuesday, July 3, 2012

Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita

Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka

( Chorus )
Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi

( Ulang chorus )

Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta

Lirik Lagu Shila Amzah – Déjà Vu